Pengikut

Catatan Popular

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu
Tingkatan                   : 6A
Bilangan Pelajar        : 7 Orang Murid
Tarikh                         : 19 Oktober 2011
Masa                           : 8.00 -8.30 Pagi ( 30Minit)
Tajuk                          : Petikan ( Bahagian C  Kertas 2, Penulisan )
Fokus Utama             : 5.1 Aras 3 : i. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan     : 8.1 Aras 2 : i. Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.

Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
                                    i)   Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
                                    ii)  Menggariskan ayat-ayat yang mengandungi nilai-nilai murni.
iii) Merumuskan petikan dengan memmbina 4 ayat majmuk
 menggunakan kata hubung.
                                   



Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                                    i)  set induksi
                                    ii) Aktiviti pengajaran
                                    iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Nilai    : bertanggungjawab, mendengar nasihat,menepati masa,
KBKK :  menjana idea, Membaca pantas, memahami, mengingat  dan merumus.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah menghafal serta menyenaraikan  nilai-nilai murni tersebut pada pelajaran yang lepas.                            


Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
5      Minit
1.    Guru menarik perhatian murid dan membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif.
2.    Guru mewujudkan hubungan yang baik dengan murid dengan menyoal beberapa soalan rutin seperti khabar dan makanan.
3.    Kemudian guru memulakan pengajaran dengan teknik bercerita iaitu Cerita yang mengandungi nilai murni  kepada murid.
4.    Guru menjalankan sesi soal jawab kepada murid dan murid menjawab .( Soalan diajukan kepada seluruh kelas ).
5.    Guru mengaitkan pengalaman yang sedia ada murid dengan tajuk pembelajaran.
Nilai :
-bertanggungjawab



Penerangan Pelaksanaan P&P:
Masa
Pelaksanaan aktiviti

Langkah 1

Minit 5
1.    Guru memberi petikan dan murid membaca secara pantas untuk mendapatkan maklumat khusus.
2.    Seterusnya guru meyoal watak cerita tersebut untuk mengetahui sama ada murid membaca petikan tersebut atau tidak.
3.    Kemudian, guru meminta murid membaca cerita tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul secara rawak.
4.    Seterusnya guru membaca dan menerangkan petikan sambil  menyoal beberapa soalan kepada murid dan murid menjawab soalan dengan memberi idea.( Guru mengajukan soalan kepada seluruh kelas)
i.              Adakah kamu melakukan perkara ini di rumah?
ii.             Ada tak sesiapa tidak suka minum susu ?
5.    Guru akan menggunakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus, tepat sekali dan sebagainya.
6.    Kemudian, guru meminta murid menggariskan ayat yang mengandungi nilai murni. Guru memberitahu murid, perbincangan boleh dilakukan bersama rakan.

Langakh 2
Minit 5
1.    Kemudian guru menerang petikan kepada murid. ( Penaakulan – Guru menggunakan bahasa yang mudah untuk memberi penerangan.)
2.    Kemudian, guru mengilustrasikan dengan contoh-contoh mengenai teknik penulisan rumusan dipapan hitam
3.    Semasa penerangan, guru menjalankan sesi soal jawab kepada murid dan murid menjawab .( Soalan diajukan kepada seluruh kelas ).


Langkah 3
10
1.    Kemudian, guru meminta murid membuat demonstari berdasarkan teknik yang diajar. Murid akan merumuskan petikan dengan menggunakan ayat majmuk serta kata hubung dan menulis jawapan dipapan kad manila yang disediakan oleh guru.
2.    Kemudian setiap ahli kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.
3.    Guru membantu murid jika menghadapi masalah.
4.    Guru juga akan membuat pembetulan dan membuat rumusan daripada pembentangan kumpulan.
5.    Seterusnya, guru memberikan kerja rumah kepada murid-murid.
Penutup
Minit ke 5
1.    Guru menyoal kepada murid ? ( Aspek Kognitif )
a.    Apakah yang telah anda pelajari hari ini ?
b.    Apakah teknik utama yang telah kita bincangkan hari ini ?
2.    Guru memastikan murid benar-benar faham akan pengajaran yang disampaikan.



Mengenai Saya

Foto Saya
Anantharajah A/L Munian
Kulaijaya, Johor, Malaysia
Subjek : Teknologi Maklumat Sekolah Rendah No. Matrik : D20102045405 Kumpulan : EL-J013 Pusat Pengajian : UPSI
Lihat profil lengkap saya

Statistik Pengunjung

Website counter
Arkib Blog