Pengikut

Catatan Popular

Dikuasakan oleh Blogger.

Refleksi Pengajaran

Refleksi : 

Berdasarkan kepada rancangan pengajaran diatas dan video pengajaran, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan dalam pengajaran bilik darjah saya. Pada set induksi, saya mendapati bahawa contoh cerita yang saya menceritakan kepada murid tidak begitu mudah memahami kerana standard bahasa yang saya gunakan aras yang tinggi. Oleh itu, murid sedikit sebanyak memahami cerita itu. Cerita itu akan menjadi seronok jika saya menggunakan slide show sebagai bantuan sambil menceritakan kepada murid. Tambahan lagi, jika memberi pilihan menjawab, situasi pengajaran akan menjadi lebih seronok. Saya akan membetulkan keadaan pada masa pengajaran akan datang dengan menukar kaedah penyampaian set indusi seperti ilustarasi komik. Seterusnya di bahagian langkah kedua saya mendapati bahawa teknik bacaan pantas tidak mencukupi masa. Murid-murid tidak mencukupi masa untuk membaca petikan. Tambahan lagi, bahan bacaan yang saya berikan merupakan bahan bacaan yang aras tinggi. Jadi apabila saya menyoal kepada murid, hanya seglitir murid sahaja yang menjawab soalan saya. Tambahan lagi, contoh-contoh yang saya berikan kepada murid-murid tidak mencukupi dan membawa kekeliruan .
Jadi, saya harus mempelbagaikan contoh-contoh pengajaran dan memberi penekanan kepada contoh-contoh kehidupan harian mereka. Dengan itu, murid mudah memahami konsep pengajaran saya dan juga objektif pelajaran akan mudah mencapai. Dibahagian langkah 3, saya mendapati bahawa murid-murid tidak mendapat menulis jawapan di kad manila dengan selesa kerana ruang yang kelas yang tidak mencukupi. Tambahan lagi, suasana bilik darjah juga kurang sesuai. Hal ini kerana, proses pengajaran ini berlaku semasa pendawaian. Jadi disebabkan perkara, pengajaran ini dijalankan di bilik muzik. Selain itu, semasa pembentangan saya mendapati, segelintir ahli kumplan sahaja yang membentangkan dan yang lain tidak membentangkan. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya selepasa ini akan memastikan semua murid membentang dan menyoal kepada seluruh kelas semasa pembentangan dibuat. Melalui cara ini, saya dapat menarik perhatian semua murid .Saya juga akan meminta setiap murid untuk membentang hasil kumpulan mereka. Ketiga –tiga objektif pengajaran saya mencapai .
Hal ini boleh dibuktikan di langkah 3, bahawa murid membaca petikan, menggariskan petikan dan menulis ayat majmuk di kad manila yang disediakan. Tambahan lagi, ada murid-murid yang membentangkan hasil kumpulan. Jadi murid-murid memahami konsep pengajaran dan teknik pengajaran saya. Murid-murid saya juga melibatkan diri secara proaktif di setiap aktiviti kumpulan pengajaran. Hal ini dapat dibuktikan dengan murid-murid dapat menjawab soalan dan murid –murid juga dapat dapat merumuskan pengajaran pada hari itu. Saya mengubah sedikit mengubah rancangan pengajaran saya di langakah pertama kerana kesuntukan masa. Peruntukan masa yang saya membahagikan pada langkah satu tidak mencukupi. Terdapat beberapa bahan tambahan atau bahan bantu mengajar yang perlu ditambahkan seperti LCD, Komputer Riba, slide show atau video clip . Hal ini saya dapat memperhatikan semasa set induksi dimana murid-murid tidak begitu aktif semasa saya menceritakan sebuah cerita, jika saya menceritakan menggunakan video clip, murid-murid akan aktif di set induksi dan juga akan menarik minat murid. Jika saya mendapat peluang untuk pengajaran yang sama dan kumpulan yang sama, saya akan menambahkan aktiviti dan menambahkan bahan bantu mengajar. Di set induksi, saya menceritakan cerita dengan menggunakan bantuan video clip. Selain itu, di bahagian langkah 1, saya akan memberikan petikan itu dalam bentuk ayat dahulu, kemudian akan menukar kepada perenggan. Seterusnya, huraian jadual saya akan memeparkan dengan contoh-contoh jawapan murid menggunakan slide show. Hal ini demikian, untuk menarik minat murid dan mengubah suasana pembelajaran. Tambahan lagi, untuk huraian contoh-contoh, saya akan menggunakan kehidupan harian murid serta video clip.
Kesimpulanya, saya akan membetulkan segala kelemahan dan mengekalkan segala kelebihan yang ada pada saya. Saya juga tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada pengajaran akan datang. Saya juga akan membahagikan masa dengan secukupnya dan teratur.

Mengenai Saya

Foto Saya
Anantharajah A/L Munian
Kulaijaya, Johor, Malaysia
Subjek : Teknologi Maklumat Sekolah Rendah No. Matrik : D20102045405 Kumpulan : EL-J013 Pusat Pengajian : UPSI
Lihat profil lengkap saya

Statistik Pengunjung

Website counter
Arkib Blog